Mungkin
jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus
soleh' terdahulu.
Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh
dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia
sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS
BELAJAR
1)
Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik
untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah
S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas
bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi
fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa
mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu
tersangatlah lama.
2)
Disiplinkan diri.
Setiap
kali mahu study, mesti baca
satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan
al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat
memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di
Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia
meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun.
Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan
budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak
tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga
al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat
ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun
boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang
ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan,
tetapi dia sentiasa cari jalan.
3)
Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan
menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila
kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi
tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan
yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah
dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya
kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi,
apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang
menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua
rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah
memadai.
4)
Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study,
tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah
S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat
belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta
meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak,
dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi
tetamu-Nya."
Jadi,
setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku
mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat
dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudah apabila
belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan
Allah S.W.T daripada benda lain.
5)
Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi
kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa
ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam
dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan.
Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya,
selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah
cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah
S.W.T.
Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah
S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di
medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita,
tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula
kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana
Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran
kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit
yang cerah di atas.
Selain daripada itu, anda boleh mencuba set vitamin yang dapat memberikan kecerdasan pada fikiran dan fizikal.
Boleh Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan info melalui aplikasi whataps dan sms 013-7930935.
Selain daripada itu, anda boleh mencuba set vitamin yang dapat memberikan kecerdasan pada fikiran dan fizikal.
Boleh Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan info melalui aplikasi whataps dan sms 013-7930935.




0 comments:
Post a Comment